Sunday 30 December 2012

Redha atas ketentuanNYA.......




2 hari lepas..perbualan di telefon antara aku dan puan zaharah dari Johor

Aku : Assalammualaikum Puan Zaharah, anum ni yang puan order vemma (ubat/jus kesihatan tu) ingat lagi tak? (Puan Zaharah ada masalah kencing manis dan setelah cuba vemma, masalah mata kering mula menjadi lembab sebab buat laser mata dibuat kerana kencing manis menyebabkan antaranya mata rabun, suami pun mula menegur muka berseri2 dan nampak sihat bertenaga..syukur)

Puan Zaharah : Waalaikumussalam, ya dik acik masih ingat

Aku : Puan sihat?

Puan Zaharah : Ya acik sihat

Aku : Aritu ingat tak saya cerita tentang macam mana puan beli vemma dan cara macam mana nak dapatkan vemma ni FREE

Puan Zaharah : Dah dik, acik dah order dengan orang Johor ni

Aku : HA? Melopong sekejap...hmmm ohh ye ke..nape puan tak call saya?

Puan Zaharah : Ohh masa kat rumah mak aritu, acik cerita dengan adik acik dan adik tanya mana hp no nak call, acik letak hp no adik anum kat kalendar kat rumah acik jadi dia call je number yang ada pada botol tu. Orang Johor tu dah datang suami isteri jumpa kami dan acik order yang harga Rm 2,052 tu la yang adik anum ceritakan aritu dan adik acik pun order pakej sama

Aku : Ya Allah...aku terlepas peluang nampaknya dan tanya kenapa acik tak order melalui saya ...aku hanya tersenyum sahaja...dalam masa yang sama dalam hati aku terus REDHA atas segala ketentuan ini dimana ianya sudah tertulis bukan rezekiku sebab mengikut kata Puan Zaharah ni dia akan ambil pakej silver ni selepas dapat dividen ASB bermaksud awal minggu Januari2013.

Pengajaran yang aku dapat adalah REDHA kerana Allah tau apa terbaik untukku dan akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari ini..aku yakin dan kini amalkan..jangan banyak komplen


Daripada kita merungut/komplen baik kita berdoa semasa saat diuji


Bila Allah menguji... DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.... 
Apa yang penting berdoa agar kita diberi kekuatan unutk menghadapinya... kita diberi kesabaran untuk berdepan dengannya.. Moga dengan segala ujian itu dapat menghapus segala dosa yang ada, dapat melembut jiwa yang kusut, dapat menenangkan emosi yang serabut.. Moga Barakah dan Rahmahnya melimpahi kita, biar apa jua rintangan dan halangan.
Ameen.



Aku dan keluarga mengambil vemma dah hampir 5 tahun untuk kesihatan seisi keluarga..untuk elak anak mudah kena jangkitan kuman dan demam, selsema. Terbukti my first boy tu kini tidak lagi kena asthma setelah amalkan vemma malah ketika aku mengandung juga aku minum vemma untuk kesihatan optimum masa dalam perut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...