Tuesday 11 December 2012

Gigi ayahku tanggal


Kelakarkan tajuk posting aku kali ni...ye la gigi ayah tanggal pun nak cerita..hehe..camni kisahnya..aku dan adik sgt rapat ngan ayah sebenarnya walaupun kami anak perempuan tapi dah sebab dua beradik je anak kandung dia di muka bumi jadi kami rapat dengan ayah

Gigi ayah tanggal beberapa hari sudah membuatkan aku rasa ayah dah tua..hehe umur aku dah 34 tahun dah pasti umur ayah sekali ganda aku..dia kini dah 59 tahun lahir pada 27 Ogos 1953. Ayah aku orangnya kecil je tapi otaknya sangat besar. Impian dan cita2nya juga besar dan apa dia cakap memang nak besar jadi mungkin kerana  itulah ada hikmah Allah jadikan dia seorang yang berbadan kecil

Jadi dengan fizikal ayah yang kecil tu apabila aku ke mana2 bersama dia dan bawak anak2 ramai yang kata ayah aku suami aku..hehe..sian aku sbb nampak benar aku ni dah tua..

Dari muda dia menjaga giginya, kesihatannya kerana dia sukar nak tengok demam dan sakit. Walaupun kini disebabkan keturunan akhirnya dia kena kencing manis tapi dia amalkan diet pemakanan..sebijik ubat kencing manis pun dia tak ambik..dia hanya kawal melalui pemakanan dan senaman saja..

Jadi selepas giginya patah yang di bahagian bawah depan..hati aku rasa sayu,,baru aku nampak ayah aku dah tua dan aku kena bersedia untuk menghadapi yang lain2..seperti sakitnya..karenahnya dan macam2 lagi..hati aku sgt sayu kerana ayahlah yang menjadi tulang belakang apa yang aku lakukan sehingga hari ini

Ayahku sangat istimewa dari kecil dia selalu menjadi perhatian di kalangan kawan2 sekolah dan cikgu2. Dia juga mempunyai bakat menjadi pelakon Si Bongkok dan terkenal seluruh sekolah. Hasrat nak ke Universiti tidak dapat dicapai dan sangat bangga bila aku dan adik menjejakkan kaki ke universiti..malah gambar kami mengambil ijazah ditampal di dinding rumah

Walaupun perjalanan pelajaran dan kerjayaku agak berliku..ayahlah orang yang pemberi nasihat utama di belakang.. Dia juga org yg kuat galakkan aku berniaga dan bila ada pencapaian baik..dia bangga..

Ya Allah..besar pengorbanan dia dan buat masa ni aku masih belum berjaya balasa segala pengorbanannya..bantulah aku Ya Allah untuk berikan dia kesenangan hidup dengan besarkan aku sebagai anaknya


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...