Thursday 13 December 2012

Armageddon 2012

Kenapa armageddon 2012 menjadi tajuk saya posting kali ni?? Yaa kerana menjelang 21 December 2012 iaitu lagi seminggu diwar2kan terutama di facebook yang dunia akan musnah..malah kaum maya mengatakan yang dunia akan kiamat kerana pada kalendar ciptaan mereka tahun kehidupan sudah tamat. Pada tarikh tersebut penyajaran antara bumi matahari dan galaksi akan berlaku dan akibat penyajaran ini tarikan graviti akan berlaku semaksimum mungkin


Program 9 Soalan di TV9 semalam telah menerangkan, sebenarnya setiap tahun berlaku penyajaran galaksi ini tetapi disebabkan kepercayaan kaum maya dan filem armageddon 2012, penyajaran yang berlaku pada tahun ini lebih mendapat perhatian. Malah kepercayaan barat ada yang sudah membeli cube (mereka rasa selamat lah tu kalo berlaku kemusnahan bumi/kiamat ikut kepercayaan mereka) untuk berlindung dari kemusnahan. 


                                                            Armageddon Full Movie

Apapun kita sebagai umat islam perlu bersedia..armageddon 2012 hanyalah kebetulan dan dimomokkan oleh bangsa kafir, mereka juga sebenarnya takut dengan bayang2 sendiri. Apapun lihat saja alam kita ni tak cukupkah lagi bukti kerana adanya udara yang kita hirup, langit tanpa tiang dan macam2 lagi yang tidak terjangkau dek akal sudah membuktikan Alla itu wujud. Suka saya nak anda melihat bait-bait lirik lagu ni "Open Your Eyes" oleh Maher Zain tetapi versi Indonesia..sangat menusuk hati sanubari


Lihatlah di sekelilingmu
Tidakkah kamu melihat segala keajaiban ini?
Bertebaran di hadapanmu
Awan yang terapung
Langit cerah membiru
Planet-planet di orbit
Bulan dan matahari
Keharmonian yang sempurna
Ayuh tanyakan diri kita sendiri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Lihatlah ke dalam dirimu sendiri
Tersusun dengan sempurna
Tersembunyi di dalam tubuhmu
Yang mengalir dalam salur darahmu
Bagaimana pula dengan rasa marah, cinta dan sakit?
Dan segalanya yang kamu rasakan
Bolehkah kamu menyentuhnya?
Adakah ia benar-benar wujud?
Ayuh, tanyakan persoalan ini ke dalam diri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Apabila seorang bayi dilahirkan
Tiada kudrat, tiada upaya
Dan kamu melihatnya membesar
Jadi, mengapa dinafikan
Apa yang berlaku di hadapan matamu?
Keajaiban terbesar dalam kehidupan
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Allah….
Kau ciptakan segalanya
Kami adalah milikMu
Ya Tuhan, kami menadah tangan berdoa
Bersyukur kepadaMu selamanya
Alhamdulillah….


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...