Tuesday 18 December 2012

Doktor Falsafah Alya Nadzirah binti Amenuddin


Syukur Ya Allah dapat meneruskan kehidupan sebagai khalifahmu. Hari ini anakku yang sulung Alya Nadzirah melukis cita-citanya Doktor Falsafah. Ya itulah hasratku sebagai ibu kerana mahukan yang terbaik untuknya. Menjadi doktor falsafah sebenarnya menjadi seorang pendidik yang bertaraf profesional dan sekaligus boleh membuat perniagaan samada perniagaan melalui hasil penulisan ataupun perniagaan mengenai perkhidmatan seperti menjadi perunding motivasi atau khidmat nasihat. 



Sebagai khalifahnya, kita mahu pahala sentiasa mengalir hasil daripada manfaat menyedekahkan ilmu kepada umat Muhammad. Bila aku lihat lukisan itu, sejuk rasanya hati. Ya Allah jadikanlah anakku menjadi khalifahmu yang solehah. Doa anak cemerlang, soleh solehah dan bijak :

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.


atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”



Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.
 

Bukan saja untuk Alya Nadzirah doa2 berikut tetapi untuk anak2ku tersayang Arifah Balqis, Afeeq Hakimi dan Ariff Fikri juga buat anak2 semuslim dengan mereka
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...