Tuesday 18 December 2012

Palestine Sahabat kita - Save GAZA !

Sana sini isu panas Palestin dibedil menjadi Gencatan senjata hampir 3 minggu berlaku selepas 8 hari palestin di bom tanpa rasa simpati oleh rejim Israel..aku rasa nak tumbuk2 je muka Perdana Menterinya tuh... Ya Allah bantulah umat2 palestin ini. Sanggupkah kita semua melihat kekejaman terang2an di muka bumi oleh yahudi laknatullah ini???



 Apa peranan kita wahai seluruh rakyat malaysia ??? Boikot produk mereka pun kita seumpama tak mampu..pantang ada makan FREE di Mc Donald orang2 kita beratur bersusun di kala rakyat palestin menderita dibunuh oleh Israel. Tgk gmbr kat bawah ni MasyaAllah !


Orang kafir pun bersemangat dan BERANI bertindak boikot terang-terang Mc D penyumbang besar dana Israel, kenapa mostly masyarakat Malaysia beragama Islam muka selamba beratur. Ya kesedaran yang saya tekankan kat sini kerajaan kita tak lakukan. Pendidikan negara juga tidak meningkat dan pendidikan kerohanian semakin menipis di kalangan masyarakat Islam Malaysia

Program Bicara di TV Al Hijrah telah mengupas isu palestin dan selamatkan GAZA dengan menampilkan duta Aqsa artis serba boleh Afdlin Shauki dan Presiden Islamik Relief Malaysia Zairulshahfuddin. Antara topik panas:

1) PBB nampaknya berdiam diri

2) Satu bala tentera yang hebat dan kuat (4 terkuat didunia) bukan berlawan tapi MEMBUNUH tentera LEMAH Palestin

3) Apa sebenarnya produk Israel kerana dananya sangat BANYAKKKKK

4) BOYCOTT produk dan syarikat malah NEGARA yang SEKUTU dengan ISRAEL?

5) Plan MALAYSIA dalam mengumpul DANA PALESTIN dan SASARAN KUTIPAN

6) Adakah ianya KESEDARAN BERMUSIM atau SEPANJANG MASA?


Daripada topik2 panas perbincangan di atas panel2 merumuskan yang KITA PERLU BOYCOTT segala berkaitan dengan ISRAEL. Afdlin sendiri sebelum ke GAZA sebenarnya ATAS PAGAR nak boycott ke atau biasa2 saja..tapi setelah dia ke sana dia NEKAD boycott segala berkaitan Israel

Jadi tepuk dada tanya iman adakah diri kita masing2 perlu ikut tindakan yang sama...hanya ALLAH yang dapat mengampuni segala dosa2 kita semasa kita bersongkol dengan segala perkara yang melibatkan Israel.. Ini kerana dikatakan Israel sangat risau dengan kejatuhan ekonomi mereka jadi jika kita tidak mampu untuk berjihad di Gaza, dengan boycott juga antara fisabilillah

Antara produk dan syarikat yang bersongkol dengan Israel :

 

Jadi jom kita menderma dengan menyumbang ke Islamic Relief Malaysia ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 1202 90100 6564 3, Malayan Banking Berhad (MBB) 5621 4270 8704 dan CIMB 1259 0000 804 058.

Selain menyumbang dana sesiapa yang ada masa boleh juga menyumbang tenaga menghadiri konsert GAZA 

 Simpatilah terhadap rakyat Palestin dengan membantu mereka menderma dana, tenaga dari segi menjadi sukarela, memboycott dan mendoakan mereka supaya mereka cepat mendapat kemenangan akhir kata hayati pesanan dari Maher Zain ini.. Free Palentine


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...