Friday 7 December 2012

Garisan Tapak Tangan


Garisan tapak tangan? Antara rekaan atau kenyataan...Aku diberitahu oleh ayah yang suatu masa dulu ayah diberitahu oleh rakan dia yg melihat tilikan garis tapak tangan ayah...

Rakan tersebut memberitahu, ayah akan berasa sikit susah semasa tua kerana anak2. Walaupun ianya sekali ayah cerita pada aku dan sebagai umat Islam kita tidak patut terpedaya...ianya kekal tersemat di hati aku sehingga saat ini

Jadi InsyaAllah aku nak senangkan kedua mak ayahku kini dan selamanya. Impianku besar kerana ayah pernah berhasrat nak buka sebuah sekolah/pusat ilmu rohani/jasmani suatu hari nanti. Ia juga sejajar dengan hasratku meninggalkan sesuatu yang dapat berikan aku pahala apabila aku telah tiada.. Ya Allah semoga aku dapat merealisasikan impiannya 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...