Thursday 13 December 2012

Atokku yang manja



Perjalanan hidup diteruskan..dari kecil kita dewasa dan tua..mati pasti menjelma. Meniti sebuah perjalanan hidup penuh pahit manis dan manusia hari ini sebenarnya dah lupa tujuan hidup sebagai khalifahnya. 

Bak kata Prof Muhaya kita kena selalu audit diri dan kembali ke perjalanan asal sebagai khalifah. Ustaz Don juga sentiasa mengingatkan mak bapak arini sibuk cair duit betul untuk kehidupan tapi apa sudahnya kehidupan? 

Sebuah kehidupan akan berakhir dengan kematian dan kematian adalah sebuah perjalanan yang kekal bersama Allah jadi bekalan mana yang kita nak bawa?? Jika amanah kita menjaga anak2 tidak dilakukan dengan sempurna..bagaimana amanah Allah ini nak membantu kita semasa perjalanan kita ke akhirat bermula di alam barzah. 3 perkara yang kita dapat bergantung selepas mati adalah salah satunya anak-anak yang akan mendoakan kesejahteraan kita semasa di alam kubur..



Ohh ya dah melalut dari tajuk asal..ya atokku yang manja. Atok ku dah tua dan berumur sekitar 80 an..kata orang sepatutnya usia begini dah memikirkan suatu perjalanan ke akhirat yang panjang..ya atok mmg buat banyak bekalan dengan zikir, qada' solat dan solat2 malam..


                                                       Atok (nenek panggilan johor)

Pendekkan cerita atok duduk di rumah anak lelaki di Teluk Intan dan bergilir2 dtg ke rumah anak2 lain iaitu Mak sedara Mak yang Ramlah, Paksu Shafri dan emakku. Jadi pendekkan lg cerita usia atok yang agak tua ni kali ni giliran di rumah emak yg duk sebelah denganku..,emak mmg menatang atok bagai minyak yang penuh dan kadangkala buat ayah jeles sbb layanan terlebih pulak pada atok.

Segala yang atok sukar dapat makan di rumah anak2 lain mmg mak sediakan kat sini, jadi atok sangat manja dengan mak sehinggakan mak terlepa dengan kehendak ayah..hmm bukan kehendak ITU ya jangan otak tu kuning pulak..tapi persiapan makanan dan minuman ayah,.biasa ayah minum pagi..tapi disebabkan mak letih dan penat terlupa buat kopi ayah dan bila ayah bangun mak dah ke kedai cari lauk jadi ayah sedih..agak masam sikit mukanya.

Ayah tak suka susahkan mak tapi perkara2 asas perlu diutamakan dan lumrah manusia apabila melihat layanan yang sepatutnya dia dapat diberi lebih kepada orang lain walaupun layanan tu kpd mak sendiri..pasti wujud  sifat cemburu/jeles akan terdetik dan mula menarik perhatian dengan mintak itu dan ini...

Pengajaran yg aku dapat semakin tua semakin perlu menjaga hubungan suami isteri sbb semasa tua lah kita nak belaian suami/isteri. perkara ini ramai yang terlepas pandang sebab sibuk kejar hal dunia..bila sibuk masa untuk keluarga dengan masa kualiti dan  masa bersama Pencipta hubungan suami isteri akan bermasalah..percayalah.. ini diceritakan sendiri oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Jika selalu je nak gaduh makna dah lalai solat..aku sendiri dapat rasakan ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...