Wednesday 5 December 2012

Permulaan hidup sbg khalifah


Syukur aku dilahirkan sbg khalifah Allah pada 28 May 1978 berbintang gemini oleh mak dan ayah yang sangat kusayangi . Sbg anaksulung mak lahirkan aku di Perak di rumah. Lama jugak mak menahan sakit dari ceritanya, patut lah aku degil hehe..adikku seorang saja kat dunia ni iaitu Zita-Noorain Jalil dan lahir selepas aku berusia 3 tahun 6 bulan..


 masa setahun jagung :)

dengan adikku


Adik n family

Walaupun dilahirkan di Perak, aku dibesarkan di Kuala Lumpur..mak ayah bertemu jodoh di KL dan mmg mencari nafkah di KL. Ketika ini kami susah hidup di rumah setinggan. Ayah sbg kerani pos dan kerja kilang menjahit.

Alam sekolah rendah dan menengah banyak kenangan manis, di sekolah aku tidaklah dikategorikan murid yg bijak..sederhana saja.tp dapat gak jadi pengawas sekolah hehe.namun akhirnya aku berjaya melanjutkan pelajaran ke diploma di program franchise ITM dan kolej Inpens..selepas 3 tahun kemudian ditawarkan pulak Ijazah dari UUM, UITM dan UM namun pilihan utamaku UM kerana dekat dengan rumah.. dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan


Masa tingkatan 5 sains


Masa Diploma program franchise ITM-Inpens di Asrama Dr Latiff, Jln Semarak


Grad sebagai Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan


Akhirnya grad di UM bersama mak dan bakal mertua ketika itu


Bersama kawan baik Noni dan Adah
Perjuanganku dari kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah penuh dugaan namun sampai jua ke destinasi yg kuimpikan sebagai pemegang ijazah

Masa belajar sempat mencari pengalaman kerja sebagai kerani di Catalog Shop/Singer selepas diploma dengan gaji RM750 masa tu..fuhh sgt happy dapat beri mak ayah duit sikit hasil titik peluh.. kemudian semasa semester break di UM bekerja sebagai telemarkerter syarikat travel Tanco Resort Sdn Bhd . Ketika ini baru ku tau kelebihan pada pemasaran dan suara kerana menjadi top 3 dalam kumpulan dengan gaji sebulan Rm5000. Mak ayah sungguh bangga dan gembira



Habis Ijazah sekali lg mencari pengalaman kerja kononnya di agensi insuran Prudential Assurance (M) Berhad di Phileo Damansara sebagai admin(kelayakan SPM jekkk) namun kerana susah dapat peluang pekerjaan aku terus di situ sehingga 4 tahun.so habis UM umur dah 26 tahun kerja situ smpi umur 30tahun dan kemudian dapat peluang kerja setaraf ijazah sebagai maybanker dan eksekutif claim di Hong Leong setahun dua tahun. Impian di hati nak bekerja sendiri semakin meluap2 apabila selepas berkahwin kerana dah ada anak dan tanggungjawab keluarga


Ambil pengalaman sbg Admin di Prudential Phileo Damansara

Pertemuan dengan suami Mr Ameen adalah di UM semasa tahun kedua..dari berkawan saling menceritakan masalah bertukar menjadi sayang dan tak boleh berenggang. Selepas habis ijazah bertunang dan kami kahwin awal dari perancangan apabila adiknya tak jadi kahwin maka kami dikahwinkan walaupun keadaan masa tu belum stabil dari segi ekonomi dan kerjaya



Suamiku bermula kerja juga nak cari pengalaman sebagai stor manager 7 Eleven, kemudian menjadi pembekal marker pen dari Korea untuk sekolah2 seluruh Johor(ketika ni aku duduk berjauhan kerana suami di johor dan aku di KL dengan kandungan yg pertama), kemudian beliau beralih kepada pembekal stationary di sekolah2 dan akhirnya membeli kedai untuk berniaga..masa tu frozen food menjadi pilihan..Akibat takda pengalaman berniaga..kedai disewakan dan suamiku bekerja semula sebagai eksekutif akaun di sebuah syarikat..akibat kesihatan yang selalu menganggu beliau berhenti dan berniaga semula..





Kisah2 orang berjaya yang bermula dari susah menjadi inspirasi kami dengan berniaga kecil2an nasi lemak, bazar ramadhan dan pasar malam..mak ayah dan adik2 rasa malu..susahnya hidup Allah yang tahu..pilihan kami telah buat dan kami kena teruskan..suamiku sgt gemar online jadi kami memilih bisnes online sebagai asas permulaan bisnes kami..syukur hingga sekarang naik turun dalam bisnes menjadi makanan kami dan kami tetap teruskan perjuangan ini sehingga berjaya..InsyaAllah





Syukur Allah izinkan kami berjaya ketika ini..lebih banyak kejayaan selepas ini pasti kami raih..InsyaAllah


Ketika kita menjadi khalifahnya, untuk berbakti kita perlu ada sumber kewangan kukuh, jadi dalam Islam tak salah untuk cita2 menjadi kaya dan berjaya. Semoga dipermudahkan Ya Allah


Kehidupan selesa dan terbaik perlu dengan usaha..siapapun kita dan dari mana asal kita tidak mustahil untuk berjaya..untuk siapa? untuk mereka yang kita nak besarkan sebagai KHALIFAH Allah yang suatu hari akan membacakan doa selepas kita menemui MAHA PENCIPTA




Mereka adalah WHY utama aku bekerja dari rumah. Aku mahu mereka membesar depan mata aku.
Mereka adalah anak-anakku Alya Nadzirah, Arifah Balqis, Afeeq Hakimi dan Ariff Fikri




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...