Monday 31 December 2012

Marketing Works Management & Services


Ramai yang akan search bagaimana nak jalankan pemasaran di media sosial...kann? terutamanya di Facebook, Twitter dan Youtube.






Marketing works management & services adalah penubuhan syarikat enterprise aku dan suami. Kami melihat ini untuk jangka masa panjang. Di MRKTGworks ini, kami menawarkan service pemasaran yang agak baru nak diperkenalkan kepada umum iaitu mengendalikan fanpage. Kepada peniaga2 yang nak buat bisnes secara online dan menggunakan fanpage sebagai satu platform perniagaan online, kami menyediakan perkhidmatan yang sangat menarik untuk diberikan dan kami juga menawarkan perkhidmatan2 lain

                         
                                  




Ramai yang akan search bagaimana nak jalankan pemasaran di media sosial...kann? terutamanya di Facebook, Twitter dan Youtube.

                                           

Posting pada kali ini akan bercerita tentang servis pemasaran yang kami jalankan untuk pada usahawan yang baru menceburi pemasran sosial media.

Beberapa fakta yang perlu anda ketahui sebelum memasarkan di Facebook.

#1 Facebook adalah media sosial yang ter'hangat' masa kini di Malaysia.
#2 Merangkumi lebih 10 juta pengguna dari Malaysia
#3 Facebook Timeline lebih mesra kepada usahawan dan mewujudkan usahawan sejati.

Ini adalah beberapa faktor yang perlu anda ambil tahu, selain membina keyakinan pelanggan, Facebook juga adalah tempat kumpulnya RAMAI BAKAL PELANGGAN dalam SATU TEMPAT.

Dengan teknik dan usaha yang berterusan, anda boleh membina jenama serta keyakinan keatas bisnes dan produk anda.

Jika anda mempunyai budget marketing, adalah 'wajib' bagi anda untuk meletakkan sedikit budget untuk pemasaran di sosial media.

Ok, apa yang boleh kami bantu untuk anda? Kami mempunyai pengalaman dalam memasarkan servis, produk, lead generation di Facebook berdasarkan perniagaan yang kami jalankan sendiri. Antara servis pilihan ramai usahawan :

#1 Pengurusan Setup Facebook Fanpage untuk Bisnes
#2 Pengurusan Facebook Advertising
#3 Mengurus Fanbook Bisnes secara bulanan
#4 Servis teknik pemsaran dan jualan unik.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang servis kami, boleh hubungi Mr Ameen 012-632 5669 (sms/call).

Promosi Terkini


Download PERCUMA!



              TIGA STRATEGI AMPUH UNTUK 

                MENINGKATKAN JUALAN ANDA!


                         sekaligus anda mampu bersaing dengan otai-otai bisnes internet  di Malaysia




                             


                   Sila Download Di sini [ KLIK SINI ]




Kapsul Hasbatussauda + Madu Arab menjadi amalan pemakanan sunnah

Aku baru je hadir seminar percuma Berani 2013 semalam dan sebelum aku nak ceritakan keterujaan aku mengenai seminar itu, aku nak cerita mengenai bagaimana aku dan keluarga sudah memulakan pemakanan sunnah nabi kapsul hasbatussauda plus madu arab.







Kalau anak saya selsema dan batuk ni..kedua2 ni la saya campurkan dan minum ..InsyaAllah




Kisahnya mertuaku memang menjadi pengedar di Pontian, Lorong Haji Ahmad pelbagai produk Al Egypt dan bila balik je ke sana pasti mak mertuaku bekalkan minyak hasbatussauda yang sangatlah mujarab untuk anak2ku jika mereka selsema, batuk dan lelah..jadi begitu juga dengan madu zafarran juga air zaffaran yang terbukti ketulenannya kerana boleh nampak kemerahan air dari bunga zaffaran tu. Itulah respon dari salah seorang pelangganku


Asalnya ianya tak ramai yang tahu kerana berada di sekitar pontian saja, selepas kami onlinekan nampaknya produk ni sampai ke Sabah dan Sarawak dah..heheh..jadi yang mana berkenan tu calling2 la ya atau sms ke 012-6325669 berurusan dengan customer service kami dan boleh layari fanpage kami klik Makanan dan Minuman Sunnah Nabi




Sunday 30 December 2012

Redha atas ketentuanNYA.......




2 hari lepas..perbualan di telefon antara aku dan puan zaharah dari Johor

Aku : Assalammualaikum Puan Zaharah, anum ni yang puan order vemma (ubat/jus kesihatan tu) ingat lagi tak? (Puan Zaharah ada masalah kencing manis dan setelah cuba vemma, masalah mata kering mula menjadi lembab sebab buat laser mata dibuat kerana kencing manis menyebabkan antaranya mata rabun, suami pun mula menegur muka berseri2 dan nampak sihat bertenaga..syukur)

Puan Zaharah : Waalaikumussalam, ya dik acik masih ingat

Aku : Puan sihat?

Puan Zaharah : Ya acik sihat

Aku : Aritu ingat tak saya cerita tentang macam mana puan beli vemma dan cara macam mana nak dapatkan vemma ni FREE

Puan Zaharah : Dah dik, acik dah order dengan orang Johor ni

Aku : HA? Melopong sekejap...hmmm ohh ye ke..nape puan tak call saya?

Puan Zaharah : Ohh masa kat rumah mak aritu, acik cerita dengan adik acik dan adik tanya mana hp no nak call, acik letak hp no adik anum kat kalendar kat rumah acik jadi dia call je number yang ada pada botol tu. Orang Johor tu dah datang suami isteri jumpa kami dan acik order yang harga Rm 2,052 tu la yang adik anum ceritakan aritu dan adik acik pun order pakej sama

Aku : Ya Allah...aku terlepas peluang nampaknya dan tanya kenapa acik tak order melalui saya ...aku hanya tersenyum sahaja...dalam masa yang sama dalam hati aku terus REDHA atas segala ketentuan ini dimana ianya sudah tertulis bukan rezekiku sebab mengikut kata Puan Zaharah ni dia akan ambil pakej silver ni selepas dapat dividen ASB bermaksud awal minggu Januari2013.

Pengajaran yang aku dapat adalah REDHA kerana Allah tau apa terbaik untukku dan akan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari ini..aku yakin dan kini amalkan..jangan banyak komplen


Daripada kita merungut/komplen baik kita berdoa semasa saat diuji


Bila Allah menguji... DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.... 
Apa yang penting berdoa agar kita diberi kekuatan unutk menghadapinya... kita diberi kesabaran untuk berdepan dengannya.. Moga dengan segala ujian itu dapat menghapus segala dosa yang ada, dapat melembut jiwa yang kusut, dapat menenangkan emosi yang serabut.. Moga Barakah dan Rahmahnya melimpahi kita, biar apa jua rintangan dan halangan.
Ameen.



Aku dan keluarga mengambil vemma dah hampir 5 tahun untuk kesihatan seisi keluarga..untuk elak anak mudah kena jangkitan kuman dan demam, selsema. Terbukti my first boy tu kini tidak lagi kena asthma setelah amalkan vemma malah ketika aku mengandung juga aku minum vemma untuk kesihatan optimum masa dalam perut

Friday 28 December 2012

Berani 2013 dan Azam Tahun Baru

Dah pun hujung tahun dan seperti biasa masing2 pasang azam baru. Tak sedar azam2 selama ni terbengkalai dan masih tidak tercapai atau capai separuh atau langsung tak capai. Tapi tidak salah untuk pasang azam. Bagi aku membuat azam umpama memasang impian. Impian jangka pendek kata orang.

Aku pun ada azam untuk tahun 2013. Sudah pasti azam untuk memperbaiki taraf hidup. Walau bagaimanapun tahun 2012 berikanku banyak pengajaran dan aku bersama keluarga mendapat HIKMAH Allah yang besar. Mungkin jika ianya tidak terjadi aku dan keluarga masih leka, lalai tanggungjawab sebagai khalifah. Buang yang keroh dan ambil yang jernih. Kita tak boleh pandang lagi ke belakang dan teruskan hidup sebagai amanah Allah, khalifah sejati di dunia ni.

Tahun 2013 aku mulakan dengan menghadiri seminar percuma Dr Azizan kerana ianya ilmu yang perlu aku dan suami ambil untuk memantapkan lagi diri. Masih teringat kembali seminar yang aku dan suami hadir akhir tahun 2008 dan dengan izin Allah bisnesku semakin meningkat selepas itu. Ya la manusia ni macam bateri jugak. Selepas mengharungi cabaran, diri umpama bateri weak yang perlu dicas semula. Jadi pada 30 Dec ni aku akan hadir di Dewan MCA. Aku nak mulakan semula momentum baru untuk tahun baru InsyaAllah.


Kepada yang rasa nak berubah..ini isi kandungan Berani 2013

Berani 2013
Apa yang anda akan pelajari:-
  • Bagaimana untuk BERANI mengenali "ketakutan" anda serta ramai manusia lain yang mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda
  • Bagaimana untuk BERANI menguasai rasa "takut" di dalam memperbaiki hidup seseorang
  • Bagaimana untuk lebih BERANI untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mudah-mudahan diberkati.
  • Bagaimana untuk BERANI menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera
  • Bagaimana untuk BERANI untuk lebih jelas dengan matlamat anda pada tahun 2013 serta BERANI untuk mencapainya
  • Bagaimana untuk BERANI memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Siapa Perlu Hadir:-
  • Usahawan atau bakal usahawan 
  • Professional
  • Pengarah syarikat atau pemilik perniagaan
  • Mereka yang berkerjaya
  • Individu yang mempunyai impian untuk memperbaiki kehidupan mereka dari segi kekuatan kewangan dan masa depan mereka.
  

Tukar Wang Kertas Kepada Emas Bersama GCP




Assalam..beberapa hari tidak update blog kini kembali bercerita liku2 kehidupan. Beberapa hari lepas aku ke seminar celik emas anjuran GoldCrest Pavilion. Bak kata Dr Azizan emas adalah magnet wang dan hati tergerak untuk mendengar ilmu berkenaan emas pulak. Lama dah aku tau emas ni sangat bagus malah Dr Azizan dah pesan buka akaun emas di bank..pakai emas aku tak suka jadi aku pernah bukak akaun emas di Maybank sebaik saja selepas ke seminar Dr Azizan tapi tu lah ada hikmah di sebalik aku keluarkan balik simpanan tu ..rupanya simpanan emas di mana2 bank adalah tidak mengikut syariah kerana hanya di Kuwait Bank saja yang berdasarkan syariat Islam. Jadi di seminar celik emas ni jugaklah aku fahami bagaimana rupanya nilai wang kita ni semakin lama semakin jatuh..namapun celik emas ..dah celik sikit mata hati aku ni

Aku terpanggil ke seminar ni setelah melihat artikel di Harian Metro di mana pasangan guru ni yang pernah hidup susah sehinggakan menjadi nelayan selama setahun menjadi JUTAWAN selepas memilih emas sebagai satu peluang mengubah hidup mereka. 


Aku tertarik dengan syarikat ini kerana beberapa faktor terutama faktor fisabilillah di mana sasaran CEOnya En Shamsul syarikat mensasarkan membantu masyarakat dengan membenarkan pengedar emas syarikatnya hanyalah bumiputra muslim sahaja. Aku sendiri mendengar CEOnya sharing segala pahit manis beliau dan isteri. Kemudian sesuatu yang menarik juga adalah sasaran kepada usahawan emas GCP iaitu franchise kedai emas. Dengan Rm 300,000 sahaja sudah layak memiliki kedai emas dengan stock modal emas tersedia oleh syarikat. Ternganga sekejap bila dia beritahu keuntungannya mencecah 89 juta..wow..ya emas mmg semakin naik


Satu perkara yang kita terutama masyarakat melayu yang mungkin nak hidup biasa2 tidak mengetahui bagaimana wang kertas kita dimanipulasi oleh bank..asalnya ianya ditentukan oleh Amerika Syarikat. Jika kita lihat rizab emas US hampir 74% dan Malaysia hanya 1.4%..ini menunjukkan Amerika mmg tahu apa yang baik dan memandang jauh ke hadapan dan kenapa peratusan yang kecil di Malaysia.. ya inilah tugas saya selepas saya ke seminar celik emas ni. Kiran2 mudah jika kita simpan RM100 hanya Rm4 yang bank simpan untuk kita dan selebihnya dimanipulasi...jadi kenapa kita tak simpan wang itu menjadi ketulan emas?
berikut jadual seminar celik emas seluruh negara


Artikel berikut menakutkan saya kerana MASA sebenarnya mencuri duit kita dengan adanya INFLASI


Selepas anda tahu kepentingan EMAS, adakah nak dapatkan emas di kedai emas biasa2??/ di GCP banyak kelebihannya iaitu :

Kenapa GCP? :

Kenapa ramai yg memilih menjadi pengedar emas GCP ?
Apa yang anda dapat dengan GCP?

1-Syarikat bumiputra Islam
GCP ditubuhkan pada thn 2009 oleh Tn Hj. Shamsul anuar b. Md Ali & Pn Hjh Norliza bt Ngatiman

2-Modal kecil
caj pengedar seumur hidup serendah RM1k (PROMOSI SAHAJA akan diTAMATKAN pada bila-bila masa) bayaran ini adalah nilai untuk mendapatkan semua keistimewaan yg diberi kepada pengedar.

3-Harga pengedar yang sangat MURAH berbanding yg ditawarkan sykt lain. Membolehkan anda mendapat LEBIH GRAM emas dgn jumlah wang sama jika anda membeli di sykt lain.

4-Sentiasa ada produk terkini yang menarik dari semasa ke semasa.

5-Kos penghantaran PERCUMA kepada pengedar dan pelanggan
Anda tak perlu ke cawangan ambil stok,prosedurnya mudah,jimat masa dan tenaga.Konsep “Tempah-Bayar-Tunggu” membuatkan ramai pengedar tertarik. Keselamatan barang dijamin oleh GCP (Money Back Guarantee).

6-Servis mantap,bersistem dan amat dipercayai.
Ramai yang menjadi pengedar GCP secara sambilan sahaja dan tak perlu bersusah payah kerana urusan pembelian dan penghantaran produk diuruskan oleh staff GCP yang mesra dan sedia melayani anda dengan baik.
Anda tak perlu risau tentang keselamatan emas dan wang anda kerana selama lebih 3 tahun beroperasi tiada langsung masalah yang timbul malah masyarakat semakin mengakui GCP yang TERBAIK dengan peningkatan pengedar GCP mencecah 4000 orang.

7- Menyediakan bantuan MODAL dalam stok emas dan wang tunai.
Anda tak perlu Stok banyak. Anda hanya menggunakan bantuan pemasaran PERCUMA yg GCP berikan utk mencari pelanggan dan GCP akan menghantar terus tempahan kpd pelanggan anda. Keuntungan daripada transaksi tersebut GCP berikan kepada anda.
Begitu juga sekiranya pelanggan anda ingin menjual semula emas kepada anda, GCP akan menyediakan wang tunai utk anda membeli semula emas pelanggan anda.
*Tertakluk kepada terma & syarat.

8- Bantuan pemasaran - Seminar PERCUMA.
GCP menaja sepenuhnya seminar yang ingin diadakan oleh pengedar. Bantuan promosi spt iklan akhbar, Flyers, Banner, cenderahati kpd peserta diberikan PERCUMA.

9- Bantuan pemasaran - PERCUMA iklan media massa seperti akhbar dan majalah.

10. Bantuan pemasaran online: PERCUMA website sendiri utk pemasaran online (semua pengedar lama dan baru akan diberi url website sendiri mulai 1 Oktober 2012)

11-Bimbingan PERCUMA- Personal coaching PERCUMA secara online dan offline.
Anda berpeluang berkongsi tip,panduan dan pelbagai ilmu simpanan emas,teknik pemasaran,perniagaan bersama dealer-dealer berpengalaman dan CEO GCP sendiri.

12-Insentif pengedar dan insentif bulanan
Pengedar mendapat insentif dealer get dealer,insentif pembelian dan ganjaran dari syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

13-Perkhimatan selepas jualan
-GCP menyediakan mesen khas utk anda mencuci emas anda di pejabat GCP secara PERCUMA.
-Rundingcara dan penilaian nilai emas secara PERCUMA

14- Jaminan beli balik
GCP memberi jaminan beli balik produknya walaupun calar,tergores dan plastik dibuka kerana ia akan dinilai pada berat dan ketulenannya.Sila simpan resit belian anda.

Utk mendapatkan semua faedah tersebut anda hanya perlu mendaftar sebagai pengedar GCP:-



Hubungi kami sekarang juga! call/sms : 0176690694









Tuesday 18 December 2012

Palestine Sahabat kita - Save GAZA !

Sana sini isu panas Palestin dibedil menjadi Gencatan senjata hampir 3 minggu berlaku selepas 8 hari palestin di bom tanpa rasa simpati oleh rejim Israel..aku rasa nak tumbuk2 je muka Perdana Menterinya tuh... Ya Allah bantulah umat2 palestin ini. Sanggupkah kita semua melihat kekejaman terang2an di muka bumi oleh yahudi laknatullah ini???



 Apa peranan kita wahai seluruh rakyat malaysia ??? Boikot produk mereka pun kita seumpama tak mampu..pantang ada makan FREE di Mc Donald orang2 kita beratur bersusun di kala rakyat palestin menderita dibunuh oleh Israel. Tgk gmbr kat bawah ni MasyaAllah !


Orang kafir pun bersemangat dan BERANI bertindak boikot terang-terang Mc D penyumbang besar dana Israel, kenapa mostly masyarakat Malaysia beragama Islam muka selamba beratur. Ya kesedaran yang saya tekankan kat sini kerajaan kita tak lakukan. Pendidikan negara juga tidak meningkat dan pendidikan kerohanian semakin menipis di kalangan masyarakat Islam Malaysia

Program Bicara di TV Al Hijrah telah mengupas isu palestin dan selamatkan GAZA dengan menampilkan duta Aqsa artis serba boleh Afdlin Shauki dan Presiden Islamik Relief Malaysia Zairulshahfuddin. Antara topik panas:

1) PBB nampaknya berdiam diri

2) Satu bala tentera yang hebat dan kuat (4 terkuat didunia) bukan berlawan tapi MEMBUNUH tentera LEMAH Palestin

3) Apa sebenarnya produk Israel kerana dananya sangat BANYAKKKKK

4) BOYCOTT produk dan syarikat malah NEGARA yang SEKUTU dengan ISRAEL?

5) Plan MALAYSIA dalam mengumpul DANA PALESTIN dan SASARAN KUTIPAN

6) Adakah ianya KESEDARAN BERMUSIM atau SEPANJANG MASA?


Daripada topik2 panas perbincangan di atas panel2 merumuskan yang KITA PERLU BOYCOTT segala berkaitan dengan ISRAEL. Afdlin sendiri sebelum ke GAZA sebenarnya ATAS PAGAR nak boycott ke atau biasa2 saja..tapi setelah dia ke sana dia NEKAD boycott segala berkaitan Israel

Jadi tepuk dada tanya iman adakah diri kita masing2 perlu ikut tindakan yang sama...hanya ALLAH yang dapat mengampuni segala dosa2 kita semasa kita bersongkol dengan segala perkara yang melibatkan Israel.. Ini kerana dikatakan Israel sangat risau dengan kejatuhan ekonomi mereka jadi jika kita tidak mampu untuk berjihad di Gaza, dengan boycott juga antara fisabilillah

Antara produk dan syarikat yang bersongkol dengan Israel :

 

Jadi jom kita menderma dengan menyumbang ke Islamic Relief Malaysia ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 1202 90100 6564 3, Malayan Banking Berhad (MBB) 5621 4270 8704 dan CIMB 1259 0000 804 058.

Selain menyumbang dana sesiapa yang ada masa boleh juga menyumbang tenaga menghadiri konsert GAZA 

 Simpatilah terhadap rakyat Palestin dengan membantu mereka menderma dana, tenaga dari segi menjadi sukarela, memboycott dan mendoakan mereka supaya mereka cepat mendapat kemenangan akhir kata hayati pesanan dari Maher Zain ini.. Free Palentine


Doktor Falsafah Alya Nadzirah binti Amenuddin


Syukur Ya Allah dapat meneruskan kehidupan sebagai khalifahmu. Hari ini anakku yang sulung Alya Nadzirah melukis cita-citanya Doktor Falsafah. Ya itulah hasratku sebagai ibu kerana mahukan yang terbaik untuknya. Menjadi doktor falsafah sebenarnya menjadi seorang pendidik yang bertaraf profesional dan sekaligus boleh membuat perniagaan samada perniagaan melalui hasil penulisan ataupun perniagaan mengenai perkhidmatan seperti menjadi perunding motivasi atau khidmat nasihat. 



Sebagai khalifahnya, kita mahu pahala sentiasa mengalir hasil daripada manfaat menyedekahkan ilmu kepada umat Muhammad. Bila aku lihat lukisan itu, sejuk rasanya hati. Ya Allah jadikanlah anakku menjadi khalifahmu yang solehah. Doa anak cemerlang, soleh solehah dan bijak :

a) Baca Fatihah (1 kali)

b) Baca Ayat Kursi (1 kali)

c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.


atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
atau
Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”



Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.
 

Bukan saja untuk Alya Nadzirah doa2 berikut tetapi untuk anak2ku tersayang Arifah Balqis, Afeeq Hakimi dan Ariff Fikri juga buat anak2 semuslim dengan mereka
 
 

Thursday 13 December 2012

Armageddon 2012

Kenapa armageddon 2012 menjadi tajuk saya posting kali ni?? Yaa kerana menjelang 21 December 2012 iaitu lagi seminggu diwar2kan terutama di facebook yang dunia akan musnah..malah kaum maya mengatakan yang dunia akan kiamat kerana pada kalendar ciptaan mereka tahun kehidupan sudah tamat. Pada tarikh tersebut penyajaran antara bumi matahari dan galaksi akan berlaku dan akibat penyajaran ini tarikan graviti akan berlaku semaksimum mungkin


Program 9 Soalan di TV9 semalam telah menerangkan, sebenarnya setiap tahun berlaku penyajaran galaksi ini tetapi disebabkan kepercayaan kaum maya dan filem armageddon 2012, penyajaran yang berlaku pada tahun ini lebih mendapat perhatian. Malah kepercayaan barat ada yang sudah membeli cube (mereka rasa selamat lah tu kalo berlaku kemusnahan bumi/kiamat ikut kepercayaan mereka) untuk berlindung dari kemusnahan. 


                                                            Armageddon Full Movie

Apapun kita sebagai umat islam perlu bersedia..armageddon 2012 hanyalah kebetulan dan dimomokkan oleh bangsa kafir, mereka juga sebenarnya takut dengan bayang2 sendiri. Apapun lihat saja alam kita ni tak cukupkah lagi bukti kerana adanya udara yang kita hirup, langit tanpa tiang dan macam2 lagi yang tidak terjangkau dek akal sudah membuktikan Alla itu wujud. Suka saya nak anda melihat bait-bait lirik lagu ni "Open Your Eyes" oleh Maher Zain tetapi versi Indonesia..sangat menusuk hati sanubari


Lihatlah di sekelilingmu
Tidakkah kamu melihat segala keajaiban ini?
Bertebaran di hadapanmu
Awan yang terapung
Langit cerah membiru
Planet-planet di orbit
Bulan dan matahari
Keharmonian yang sempurna
Ayuh tanyakan diri kita sendiri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Lihatlah ke dalam dirimu sendiri
Tersusun dengan sempurna
Tersembunyi di dalam tubuhmu
Yang mengalir dalam salur darahmu
Bagaimana pula dengan rasa marah, cinta dan sakit?
Dan segalanya yang kamu rasakan
Bolehkah kamu menyentuhnya?
Adakah ia benar-benar wujud?
Ayuh, tanyakan persoalan ini ke dalam diri
Tidakkah bukti-bukti ini cukup?
Atau kita terlalu buta
Hingga menolak semuanya ke tepi
Tidak….
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Apabila seorang bayi dilahirkan
Tiada kudrat, tiada upaya
Dan kamu melihatnya membesar
Jadi, mengapa dinafikan
Apa yang berlaku di hadapan matamu?
Keajaiban terbesar dalam kehidupan
Kita hanya perlu
Buka mata, hati dan minda
Kalaulah kita melihat dengan jelas untuk menyaksikan tanda-tanda itu
Kita tidak akan dapat bersembunyi daripada kebenaran
Biarkan sahaja ia memberikan kita kejutan
Membawa kita ke jalan yang terbaik
Allah….
Pandu kami setiap hari
Allah….
Kekalkan kami dekat denganMu
Sehingga detik-detik terakhir
Allah….
Kau ciptakan segalanya
Kami adalah milikMu
Ya Tuhan, kami menadah tangan berdoa
Bersyukur kepadaMu selamanya
Alhamdulillah….


Atokku yang manja



Perjalanan hidup diteruskan..dari kecil kita dewasa dan tua..mati pasti menjelma. Meniti sebuah perjalanan hidup penuh pahit manis dan manusia hari ini sebenarnya dah lupa tujuan hidup sebagai khalifahnya. 

Bak kata Prof Muhaya kita kena selalu audit diri dan kembali ke perjalanan asal sebagai khalifah. Ustaz Don juga sentiasa mengingatkan mak bapak arini sibuk cair duit betul untuk kehidupan tapi apa sudahnya kehidupan? 

Sebuah kehidupan akan berakhir dengan kematian dan kematian adalah sebuah perjalanan yang kekal bersama Allah jadi bekalan mana yang kita nak bawa?? Jika amanah kita menjaga anak2 tidak dilakukan dengan sempurna..bagaimana amanah Allah ini nak membantu kita semasa perjalanan kita ke akhirat bermula di alam barzah. 3 perkara yang kita dapat bergantung selepas mati adalah salah satunya anak-anak yang akan mendoakan kesejahteraan kita semasa di alam kubur..



Ohh ya dah melalut dari tajuk asal..ya atokku yang manja. Atok ku dah tua dan berumur sekitar 80 an..kata orang sepatutnya usia begini dah memikirkan suatu perjalanan ke akhirat yang panjang..ya atok mmg buat banyak bekalan dengan zikir, qada' solat dan solat2 malam..


                                                       Atok (nenek panggilan johor)

Pendekkan cerita atok duduk di rumah anak lelaki di Teluk Intan dan bergilir2 dtg ke rumah anak2 lain iaitu Mak sedara Mak yang Ramlah, Paksu Shafri dan emakku. Jadi pendekkan lg cerita usia atok yang agak tua ni kali ni giliran di rumah emak yg duk sebelah denganku..,emak mmg menatang atok bagai minyak yang penuh dan kadangkala buat ayah jeles sbb layanan terlebih pulak pada atok.

Segala yang atok sukar dapat makan di rumah anak2 lain mmg mak sediakan kat sini, jadi atok sangat manja dengan mak sehinggakan mak terlepa dengan kehendak ayah..hmm bukan kehendak ITU ya jangan otak tu kuning pulak..tapi persiapan makanan dan minuman ayah,.biasa ayah minum pagi..tapi disebabkan mak letih dan penat terlupa buat kopi ayah dan bila ayah bangun mak dah ke kedai cari lauk jadi ayah sedih..agak masam sikit mukanya.

Ayah tak suka susahkan mak tapi perkara2 asas perlu diutamakan dan lumrah manusia apabila melihat layanan yang sepatutnya dia dapat diberi lebih kepada orang lain walaupun layanan tu kpd mak sendiri..pasti wujud  sifat cemburu/jeles akan terdetik dan mula menarik perhatian dengan mintak itu dan ini...

Pengajaran yg aku dapat semakin tua semakin perlu menjaga hubungan suami isteri sbb semasa tua lah kita nak belaian suami/isteri. perkara ini ramai yang terlepas pandang sebab sibuk kejar hal dunia..bila sibuk masa untuk keluarga dengan masa kualiti dan  masa bersama Pencipta hubungan suami isteri akan bermasalah..percayalah.. ini diceritakan sendiri oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Jika selalu je nak gaduh makna dah lalai solat..aku sendiri dapat rasakan ini

Tuesday 11 December 2012

Gigi ayahku tanggal


Kelakarkan tajuk posting aku kali ni...ye la gigi ayah tanggal pun nak cerita..hehe..camni kisahnya..aku dan adik sgt rapat ngan ayah sebenarnya walaupun kami anak perempuan tapi dah sebab dua beradik je anak kandung dia di muka bumi jadi kami rapat dengan ayah

Gigi ayah tanggal beberapa hari sudah membuatkan aku rasa ayah dah tua..hehe umur aku dah 34 tahun dah pasti umur ayah sekali ganda aku..dia kini dah 59 tahun lahir pada 27 Ogos 1953. Ayah aku orangnya kecil je tapi otaknya sangat besar. Impian dan cita2nya juga besar dan apa dia cakap memang nak besar jadi mungkin kerana  itulah ada hikmah Allah jadikan dia seorang yang berbadan kecil

Jadi dengan fizikal ayah yang kecil tu apabila aku ke mana2 bersama dia dan bawak anak2 ramai yang kata ayah aku suami aku..hehe..sian aku sbb nampak benar aku ni dah tua..

Dari muda dia menjaga giginya, kesihatannya kerana dia sukar nak tengok demam dan sakit. Walaupun kini disebabkan keturunan akhirnya dia kena kencing manis tapi dia amalkan diet pemakanan..sebijik ubat kencing manis pun dia tak ambik..dia hanya kawal melalui pemakanan dan senaman saja..

Jadi selepas giginya patah yang di bahagian bawah depan..hati aku rasa sayu,,baru aku nampak ayah aku dah tua dan aku kena bersedia untuk menghadapi yang lain2..seperti sakitnya..karenahnya dan macam2 lagi..hati aku sgt sayu kerana ayahlah yang menjadi tulang belakang apa yang aku lakukan sehingga hari ini

Ayahku sangat istimewa dari kecil dia selalu menjadi perhatian di kalangan kawan2 sekolah dan cikgu2. Dia juga mempunyai bakat menjadi pelakon Si Bongkok dan terkenal seluruh sekolah. Hasrat nak ke Universiti tidak dapat dicapai dan sangat bangga bila aku dan adik menjejakkan kaki ke universiti..malah gambar kami mengambil ijazah ditampal di dinding rumah

Walaupun perjalanan pelajaran dan kerjayaku agak berliku..ayahlah orang yang pemberi nasihat utama di belakang.. Dia juga org yg kuat galakkan aku berniaga dan bila ada pencapaian baik..dia bangga..

Ya Allah..besar pengorbanan dia dan buat masa ni aku masih belum berjaya balasa segala pengorbanannya..bantulah aku Ya Allah untuk berikan dia kesenangan hidup dengan besarkan aku sebagai anaknya


Friday 7 December 2012

Garisan Tapak Tangan


Garisan tapak tangan? Antara rekaan atau kenyataan...Aku diberitahu oleh ayah yang suatu masa dulu ayah diberitahu oleh rakan dia yg melihat tilikan garis tapak tangan ayah...

Rakan tersebut memberitahu, ayah akan berasa sikit susah semasa tua kerana anak2. Walaupun ianya sekali ayah cerita pada aku dan sebagai umat Islam kita tidak patut terpedaya...ianya kekal tersemat di hati aku sehingga saat ini

Jadi InsyaAllah aku nak senangkan kedua mak ayahku kini dan selamanya. Impianku besar kerana ayah pernah berhasrat nak buka sebuah sekolah/pusat ilmu rohani/jasmani suatu hari nanti. Ia juga sejajar dengan hasratku meninggalkan sesuatu yang dapat berikan aku pahala apabila aku telah tiada.. Ya Allah semoga aku dapat merealisasikan impiannya 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...