Friday 28 December 2012

Berani 2013 dan Azam Tahun Baru

Dah pun hujung tahun dan seperti biasa masing2 pasang azam baru. Tak sedar azam2 selama ni terbengkalai dan masih tidak tercapai atau capai separuh atau langsung tak capai. Tapi tidak salah untuk pasang azam. Bagi aku membuat azam umpama memasang impian. Impian jangka pendek kata orang.

Aku pun ada azam untuk tahun 2013. Sudah pasti azam untuk memperbaiki taraf hidup. Walau bagaimanapun tahun 2012 berikanku banyak pengajaran dan aku bersama keluarga mendapat HIKMAH Allah yang besar. Mungkin jika ianya tidak terjadi aku dan keluarga masih leka, lalai tanggungjawab sebagai khalifah. Buang yang keroh dan ambil yang jernih. Kita tak boleh pandang lagi ke belakang dan teruskan hidup sebagai amanah Allah, khalifah sejati di dunia ni.

Tahun 2013 aku mulakan dengan menghadiri seminar percuma Dr Azizan kerana ianya ilmu yang perlu aku dan suami ambil untuk memantapkan lagi diri. Masih teringat kembali seminar yang aku dan suami hadir akhir tahun 2008 dan dengan izin Allah bisnesku semakin meningkat selepas itu. Ya la manusia ni macam bateri jugak. Selepas mengharungi cabaran, diri umpama bateri weak yang perlu dicas semula. Jadi pada 30 Dec ni aku akan hadir di Dewan MCA. Aku nak mulakan semula momentum baru untuk tahun baru InsyaAllah.


Kepada yang rasa nak berubah..ini isi kandungan Berani 2013

Berani 2013
Apa yang anda akan pelajari:-
  • Bagaimana untuk BERANI mengenali "ketakutan" anda serta ramai manusia lain yang mungkin menjadi penghalang utama banyak kejayaan anda
  • Bagaimana untuk BERANI menguasai rasa "takut" di dalam memperbaiki hidup seseorang
  • Bagaimana untuk lebih BERANI untuk hidup lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mudah-mudahan diberkati.
  • Bagaimana untuk BERANI menguasai 7 aspek kejayaan hidup anda supaya hidup anda & keluarga akan lebih berkualiti dan meningkat dengan segera
  • Bagaimana untuk BERANI untuk lebih jelas dengan matlamat anda pada tahun 2013 serta BERANI untuk mencapainya
  • Bagaimana untuk BERANI memaksimakan potensi diri anda dengan menguasai sikap diri anda seperti sikap mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Siapa Perlu Hadir:-
  • Usahawan atau bakal usahawan 
  • Professional
  • Pengarah syarikat atau pemilik perniagaan
  • Mereka yang berkerjaya
  • Individu yang mempunyai impian untuk memperbaiki kehidupan mereka dari segi kekuatan kewangan dan masa depan mereka.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...