Wednesday 2 January 2013

Seminar Berani 2013 sebagai mula azam tahun baru

Salam sejahtera..kini barulah aku ada kesempatan nak cerita pengalaman aku dan suami hadir di seminar Dr Azizan Osman iaitu Jurulatih Kejayaan No 1 Malaysia 30 Disember lepas. Terujanya ke seminar ini kerana aku dan suami pernah ke seminar ini hampir 3 tahun lepas. Sebagai orang yang tidak pernah ke seminar motivasi yang luarbiasa seperti seminar Dr Azizan suatu perasaan terharu dan culture shock yang aku dan suami alami. Bukan nak memuji tanpa sebab, aku katakan luarbiasa sebab selepas aku ke Seminar Potensi Diri dulu dan terus ke kursus lanjutan IMKK, bisnes yang aku jalankan WOW ! memuncak MasyaAllah...pendapatan masa tu 4-5 angka seminggu secara konsisten dan terlalu banyak ilmu dan teknik luarbiasa yang tiada di sekolah/universiti aku dan suami dapat.


 Masa ni aku pregnant my first boy Afeeq Hakimi..dah nak bersalin tu tak silap masuk 8 bulan so..nampaknya ilmu yang aku dapat diserap terus pada dia...skang dah 3 tahun nampak ada keunikan pada sikapnya..jeng..jeng..jeng..cer teka..cer teka hihihi


masa ni rasa taklah sampai 5 angka mereka yan hadir

Almaklumlah aku dan suami ni dari zero masuk ke bidang perniagaan..ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..kata orang dulu aku seperti katak bawah tempurung dan kereta impian korang caya tak..adalah perodua kembara jek...mungkin ada yang tak tau kereta ni errr tp sebenarnya MPV ya dari dulu aku suka MPV sebab aku suka kenderaan yang tinggi..ni ha perodua kembara tu aku kasi korang ingat balik

Jadi bila dah dapat income 4-5 angka masa tu kira aku kalo kerja maybank income 5 tahun tu aku bleh dapat dalam bisnes aku ni dalam masa setahun jek..ya serius itulah bisnes yang aku ceburi sehingga kini iaitu bisnes networking vemma 

Kini aku nak pelbagaikan bisnes cabangkan dengan fokus kepada produk yang memberi aku dunia akhirat pulak iaitu produk amalan Rasulullah Sunnah Rich Trading...InsyaAllah. Jadi ini juga antara perkara ditekankan semasa seminar Dr Azizan iaitu berapa zakat yang kita sasarkan tahun ini kerana banyaknya zakat bermaksud dari situlah sales jualan dalam tahun itu. Dengan pendekatan terbaru Dr Azizan yang mementingkan dunia akhirat membuatkan aku tidak ragu2 lagi menjadikan beliau lagi sekali sebagai mentor. 



Bersama rakan bisnes sama2 tuntut ilmu 


Antara isi kandungan penting seminar itu yang terbahagi kepada 3 bahagian adalah :

1) Kenalpasti bbrp perkata pada tahun 2012 berbanding 2011 cth seperti dr segi kewangan, masa bersama keluarga, masa dengan ibu bapa dan sebagainya..adakah rekod merah atau biru

2) Sasaran apa yang nak dapat untuk tahun 2013..antara tips beliau setiap perkara yang nak buat lepas fikirkan, terus tulis dan doa..fokus

3) Sasaran 10 tahun lagi..visualizE bagaimana situasi diri, keluarga,kewangan dan segala perkara yang telah dicapai..gambarkan dengan jelas

Selain 3 bahagian ini, Dr Azizan juga berikan 2 tips mudah rezeki iaitu dengan bersyukur dan senyum. Bercakap mengenai syukur ini dipertengahan seminar, muncul artis yang telah menemui kesedaran iaitu Afdlin Shauki berkongsi pengalaman suka duka dan pengajaran SYUKUR di Gaza. Salah satu perkara yang menarik perhatian aku bilamana umat palestin mengucapkan Alhamdulillah jika salah seorang anggota keluarga mereka dibunuh zionis Israel dan beliau kini rasa rimas apabila balik di Malaysia mendengar orang komplen


Selain berkongsi pengalaman di Gaza, Dr Azizan Osman berbesar hati menderma hasil dari denda yang dikenakan kepada para pelatih salah satu kursus beliau Train The Trainer (TTT).

Semakin lama semakin banyak manfaat seminar dan kursus Dr Azizan kerana ianya membimbing kita menjurus kepada usahawan muslim sebenar yang pentingkan dunia akhirat. Sesuatu yang juga boleh dibanggakan salah satu usaha beliau iaitu nak buka kolej/universiti yang berikan ilmu asas perniagaan untuk anak bangsa melayu. Rasulullah juga bersabda :


Jadi aku sangat bersyukur Allah tentukan aku hadir kembali seminar Dr Azizan dan mula satu persatu teknik dan ilmu lepas kembali aku dan suami praktikkan semula..ya syukur..syukur dan syukur..bak kata orang cakap memang senang tapi nak aplikasikan macam mana ya..apa yang dikatakan syukur itu? selain kita bersyukur menerima sesuatu, syukur yang lebih kita kena amalkan adalah apabila kita ditimpa musibah..kita kenalah redha dan syukur kerana musibah yang kita hadapi itu ada orang lain yang alami lebih teruk dari kita..syukur padaNYA jika dulu kereta impianku hanyalah perodua, kini hasil dari usaha keras dan doa dari mereka yang sayangi aku kereta ini tak pernah aku impikan untuk aku dan keluarga..syukur ya Allah dan jika diizinkan olehNYA impian kereta ini pasti akan kucapai




Impian pasti tercapai

Tahun 2013 aku dah senaraikan apa yang aku dan suami nak buat..semoga dipermudahkan dan menurut kata2 pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah yang selari dengan apa yang Dr Azizan Osman katakan yang kini tersemat dalam mindaku ialah :

"Allah akan makbulkan seperti apa yang dirancang oleh umatnya dengan syarat buat dengan mengikut panduan yang betul, fokus dan tidak salah dari segi syarak"

Sedikit gambaran dan liputan seminar :


 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...